CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 8, 2009

35 TIP BUAT ORANG LAIN HAPPY

  1. Bukakan pintu setiap kali ada yang datang ke rumahmu dan menyambut dengan mesra.
  2. Puji temanmu setiap kali dia tampil cukup bergaya dan menarik.
  3. Menghubungi teman-taman lama yang sudah lama kamu tidak hubungi. Sekadar untuk bertanya khabar
  4. Bawa kuih untuk bersarapan bersama teman-teman kamu dikelas atau di pejabat.
  5. Andai kamu terperangkap dalam kesesakan jalan raya, apa kata kamu berikan laluan pada satu kereta untuk memintas kamu.
  6. Tinggalkan tip yang besar buat pelayan di restoran.
  7. Ucapkan I LOVE YOU kepada orang yang kamu sayang
  8. Sekali-sekala kamu isilah minyak teman lelakimu. Full Tank!!!!
  9. Tawarkan kerusi kamu di dalam bas untu7k orang yang lebih memerlukan.
  10. Cadangkan buku yang bagus untuk dibaca kepada temanmu yang suka membaca.
  11. Sumbangkan baju dan barang-barang kamu yang tidak pakai kepada orang yang amat memerlukan.
  12. Menawarkan tumpangan kepada teman yang menuju ke rah yang sama dengannya.
  13. Di supermarket, ketika membayar masukkan sendiri barang-barang yang dibeli kedalam plastik.
  14. Sediakan satu hari dalam seminggu untuk menghantar ibumu kemana sahaja dia ingin pergi.
  15. Membantu orang membawa barang yang berat.
  16. Beritahu pada teman yang berhutang dengan kamu hutangnya sudah lunas. Namun pastikan hutangnya tidak terlalu banyak ya, barulah kamu benar-benar ikhlas
  17. Menjadi salah seorang penderma darah.
  18. Sekiranya ingin ke kedai tanyalah pada teman-teman atau orang dirumah kamu jika mereka ingin memesan sesuatu.
  19. Belanja temanmu makan tengahari.
  20. Memberi hadiah buat teman kamu biarpun tidak ada sebarang hari istimewa.
  21. Beli CD terbaru artis kesayangan teman ataupun ahli keluargamu.
  22. Kirimkan bunga buat temanmu yang berada jauh darimu.
  23. Sekiranya kamu menemui topik yang disukai temanmu kirimkan e-mel itu padanya.
  24. Bantulah temanmu memahami pelajaran yang dia agak lemah.
  25. Apabila kamu beratur di kaunter pembayaran, berilah orang dibelakang kamu yang cuma ada satu barang membayar dulu.
  26. Buat kuih untuk saudara mara kamu.
  27. Selepas mendengar gosip baik tentang seseorang, sampaikan pada orang tersebut atau kepada orang-orang lain. Hal yang baik eloklah di uar-uarkan.....
  28. Secara kebetulan hanya kamu membawa payung di hari hujan, tawarkan untuk berkongsi payung dengan orang yang sama-sama menunggu dengan mu.
  29. Kembalikan troli yang kamu gunakan di supermarket dan jangan ditinggalkan di parking sahaja.
  30. Berilah sokongan pada teman-teman yang menceritakan pada kamu tentang impiannya. Biarpun tidak logik, tetapi kamu tidak rugi apa-apa dengan memberi sokongan.
  31. Maafkan dan lupakan orang yang bersalah pada kamu.
  32. Ketika kamu mahu keluar dari membeli- belah dan menuju ke parking supaya dia boleh mengikut dan mengambil alih parking kamu.
  33. Melawat temanmu yang sedang sakit.
  34. Beritahu pada teman kamu andai mereka nampak lebih kurus....'That is, if they really are geting thinner...'
  35. Siapkan sarapan on bed buat orangtua kamu.

0 comments:

masa itu emas


Myspace Clocks, Hearts Clocks at WishAFriend.com