CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 8, 2009

PRODUK CANTIK ONLINE BOLEH PERCAYA KE?
Salam sejahtera you all//! Ain selalu harap korang dalam keadaan sihat selalu. Tahun baru ini tentunya ramai antaraa you all yang mulu tanam azam barukan? Ha… tahniahlah kalau begitu. Tetapi masalahnya, ada juga segelintir yang tidak berganjak dengan azam yang lama macam orang kita selalu cakap ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja. Azam yang dahulunya masih belum tercapai, tetapi kini dah mula berkobar buat azam baru! Jangan sampai begitu, sebaiknya kalau dah berazam tu, cubalah penuhinya, ya!
Secara positifnya tip kecantikan dan kesihatan ataupun penjualan produk kecantikan di internet ini memberikan banyak manfaat kepada pengguna menjimatkan masa untuk mengetahui apakah yang terkini di pasaran dengan hanya melayari internet sahaja. Sementara itu, pengusaha produk kecantikan itu sendiri juga boleh manfaat kerana produk keluaran mereka lebih mudah dan pantas sampai ke pengetahuan pengguna.
Ini secara tidak langsung member peluang kepada pengguna untuk lebih memahami tentang sesuatu produk tersebut dan pengusaha itu sendiri juga tidak lagi bersusah payah menggunakan kaedah lama untuk memperkenalkan produk mereka. Pun begitu sebagai pengguna, kita juga seharusnya lebih berhati-hati kerana ada kalanya produk yang diketengahkan dalam internet ini belum diketahui keberkesananya. Lagipun gambar yang dilihat di skrin komputer ini pastinya berbeza dengan produk sebenarnya.
Jadi, di sini juga hendak memberitahu ada juga keburukanyang akan berlaku dalam menggunakan produk yang dibeli melalui internet ini. Misalnya oleh kerana penjelasan terperinci tentang cara pemakaian produk tersebut membuatkan pengguna ‘main hentam’ meakai produk yang didapati di internet ini. Setiap produk kecantikan you all gunakan haruslah dipakai mengikut jadual atau arahan. Ini kerana tidak semua produk kecantikan yang dijual ada menyediakan kaedah penggunaan kalau you all teliti pada label yang ada. Jika ada pun ianya tidak terlalu terperinci.
Selain itu kita tidak tahu sejauh mana keberkesanan produk tersebut dalam internet, tetapi hasilnya bergantung kepada individu itu sendiri. Jadi, bagi you all yang hendak membeli produk-produk kecantikan dari internet ini, kami menasihatkan buat kajian dulu terhadap produk tersebut dan pastikan ianya berbaloi untuk dibeli dan yang penting, ianya selamat digunakan. Chow cin cau!...by …… by……………………..

0 comments:

masa itu emas


Myspace Clocks, Hearts Clocks at WishAFriend.com